Saturday, December 12, 2015

calling to all bride bloggers..lets exchange links =)

^-^Sticky post^-^

Salam..hye pretty ex-bride and bride-to-be..please drop your link into my comment box..i am more than happy to be your friend and share this amazing journey together.








*i will follow you too*








xoxo

Wednesday, May 30, 2012

Honeymoon preparation

All accomodation pergi tempat honeymoon dah book. Walaupun ralat sikit tak dapat stay dekat bilik idaman hati sebab terlambat sket je tapi pihak resort cuba yakinkan yang bilik yang diorang suggest ni pun best jugak.Takpe lah yang penting ada tempat daripada takda langsung kann..Satu lagi accomodation we book thru Agoda je.Pantas,cepat & murah.

We plan to stay at the resort for 3 nights and after that pergi main island for 2 nights. Dekat resort memang nak bersantai-santai merehatkan diri. FY tak book pun any water sports. Maybe pergi swimming, main tennis or sewa snorkelling equipment from the resort. Then dah book restaurant to relax and indulge.Nak shopping pun time dekat main island. Itu pun shopping souvenior je.

Sekarang ni FY tengah menggila beli beach long dress or anything yang cantik pakai dekat pantai. Semalam beli muslimah swimming suit dekat http://www.islamicbajurenang.blogspot.com/ dan beli bikini dekat Asos..huhuhu..kes malu punye pasal nak beli bikini dekat shopping mall..beli online saja..murah pulak tu.. 10 pound je + free shipping..lagi seminggu sampai insyaAllah..

Sun block semua lum beli lagi..baru-baru ni nampak iklan sun block yang macam best,,haruslah mendapatkannya secepat mungkin. Lagi nak beli apa ek utk honeymoon? Oh iyaaa..mesti lah kena bawak banyak makanan. Tak kuasa lah FY nak membazir beli tidbitss mahal dekat pantry hotel..Bawak sendiri lagi best..Melantaklah sepuas hati bersama husband ku nanti..cewahhh..gatal sangat dah ni..



auwwwww...bulan madu di awan & laut biruuuuuuu

Tuesday, May 29, 2012

Monday, May 28, 2012

2 in 1 story

Salam semua. Sihat? FY kebelakangan ni kepenatan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Last weekend tak dapat rehat dengan secukupnya. Terkejar-kejar pergi wedding kawan-kawan blogger dan kawan lama. Alhamdulillah sempat pergi semua. Thanks for inviting me =)

FY pergi wedding B2B Rina. Tersangat lah gojes Rina pada hari itu. Baju rina yang color dusty pink tu dari Butik Nurin make over. FY pun guna khidmat kak Nurin untuk baju majlis bertandang nanti. Dekat wedding Rina, FY jumpa B2B Azreen. Terima kasih tegur FY yang datang keseorangan..hehe...It was nice to meet you dear!



Time weekend FY memang utilize kan untuk pergi wedding kawan-kawan & buat preparation kahwin. FY dah pergi fitting baju persalinan untuk malam berinai.Ada 7 pasang semuanya..huhu..Ada yang kena alter balik..huhu..special size ler tu :P

Progress baju pun dalam 70% siap.Baju lelaki dah siap sepenuhnya tinggal final fitting je. Ari selalu keep me updated.Terima kasih kerana mengurangkan perasaan bridezilla ku ini.

Ohhh..moments bridezilla yang akan dikenang sepanjang hayat ialah kes kad tak cukup..huhu..Alhamdulillah dapat dibuat dengan kadar segera..FY pergi kedai printing dekat Rawang. Memang bernasib baik kakak2 disitu memahami dan terus buat card tanpa banyak soal.Perasaan ralat sedikit lah sebab kad yang baru buat ni tak sama macam kad yang FY tempah dengan Cahayakad tapi nak buat camna kan? huhu..terima je lah seadanya.Asalkan nama,map & tarikh tu clear pun dah cukup baik.

Next, FY nak selesaikan membeli baju-baju flower girl & boy, benda-benda DIY, setelkan pasal doorgift dan pergi spa. Semoga semua akan berjalan lancar mengikut plan! InsyaAllah

Thursday, May 24, 2012

WAX-ing

Apakah itu waxing? Waxing is a method of semi-permanent hair removal which removes the hair from the root - credit to wikipedia..Dalam bahasa melayu, sesi mencabut bulu-buluan dari akar umbi..wuhuuu..menakutkan tak? hahaha.

Semalam FY dan sepupu pergi buat waxing dekat Blink, Hartamas. We all dah beli voucher dekat groupon last month. My cousin dah pernah buat sekali. From her story, dia cakap sakit dan i mula lah start cuak. Takut la kan. sebelum2 ni selalunya I shave je that 'private part'. This time, nak buat waxing ye you'ollss...Mula lah I meng'google' kesakitan waxing ni.Mostly cakap first time tu sakit sangat. Fuhhhh..I mulalah melancarkan misi mentally prepared.

Before heading to Blink, I cuci my 'private part' dengan hygine..FY rasa malu giler lah first time nak tayang benda alah tu dekat orang tapi what to do..nak beranak pun nanti, nak kena tayang jugak kann..hahaha..Beautician at Blink sangat-sangat professional..I feel comfortable..takda lah takut sangat..Firstly, they ask me to change pakai baju berkemban tu..Then, the beautician suruh I lay down atas katil then terus dia selakkkk..omaigodddd...nasib baik lah lampu malap2 je..hahaha..Dia tanya FY, ni first time ke? I cakap "aah,first time because i'm getting married next month..hehe'..Dia kata "U made a good decision to do this'...Zapppp,dia letak wax yang panas2 kuku dekat my 'private part'..haha..Panas yang tolerable, I must say..After that, dia ambil clean sheets dan tekap-tekap dekat situ, lepas tu..zuppppp..dia tarik cepat-cepat dan tekan sket dekat tempat yang dia wax tu..hahaha..First time memang rasa terkejut tapi I tak jerit..Sakit? sakit la jugak..haha..tapi, sangat sekejap je..then, dia sambung lagi buat sampai betul-betul bersih..So, I thought its done but nottttt..huhu..dia suruh I pusing belakang lak..haha..terus dia sapu wax kat situ then zapppp for the last time..wuhuuuu..and its seriously done!

Alang2 dah buat dekat 'situ'..i cakap nak tambah buat dekat arm pit and upper lips..Buat waxing dekat armpit tak sakit langsung..huhu..Upper lips je sakit sket..So far, apa yang FY boleh bagi tips is go for hard wax.For those yang low pain tolerance, sila makan aspirin or pain killer. And please find professional waxer. The best waxer is fast and make you feel comfortable.FY suggest pergi dekat Blink, Hartamas.


2nd floor, Hartamas Shopping Centre. Lorong menuju kedai ni ialah di antara Starbucks dan Jewellery Shop.

waxing both ur armpits, rm12

waxing your bikini line, rm25

threading your upper lips, rm5

brazillian wax, only rm55

Kalau nak lagi jimat, try cari promo dekat groupon...gooooood luck!


Wednesday, May 23, 2012

cuakkk

Tak tahu la nak cuak betul2 atau nak cuak main2 sebab kad jemputan tak cukup!!! Hari tu order dengan cahayakad 1000 pcs pun tak cukup.Nak kena top up lagi 300 pcs. Kali ni, FY tempah dengan ilikecard. Hopefully dalam masa 3 hari boleh siap
 *cross finger*



Monday, May 21, 2012

apa??? 25 hari lagi ?!!!

INVITATION CARDS

Ya Allah...sekejap nya masa berlalu! Seriously wedding preparation baru 70% progress...sekarang ni tengah busy distribute cards..proses distribute cards ni bukan senang ok..terima kasih sgt2 dekat kawan-kawan yang pantas pm/sms address. Sorry tak dapat nak bagi by hand dekat semua. Tak sempat la u olls..Mana yang dekat-dekat je FY bagi. Itu pun ada lagi yang belum sempat drop by.Tunggu ye =)

WEDDING ATTIRE

Semalam pergi 2nd fitting dengan AWC for baju sanding and 1st fitting dengan Nazreen for baju nikah.  Baju sanding kena kecikkan and baju nikah tu kena longgarkan..haha..boleh tak macam tu? haha. Takpe lah, janji baju tu cantik dan sopan. Oh, FY suka kasut yang AWC buat. Selesa sangat! tapi FY risau sebab heels tu agak tinggi. Hope tak pelik sangat berdiri sebelah bakal husband ku nanti. No teaser ye! haha.FY ni kedekut sket nak teaser2 ni..hehe..

FY still searching baju khatam Quran. Kena pergi SACC Mall jugak la coz kat situ je yang FY familiar beli baju muslimah2 ni..hehe..Susahnya la nak cari jubah/kaftan in dark brown.Boleh bagi suggestion tak nak beli kat mana?

weekend ni pulak nak pergi fitting baju persalinan daerah for malam berinai.FY request 5 pasang baju persalinan. Hope takda masalah lah. FY sewa je dengan butik kawan my mum.

WEDDING SIGNAGE, PROPS & GUEST BOOK

FY order wedding signage and photobooth props from my cousin, Creative Genius Printables. I totally rely on them. FY just email je nak color apa, besar macam mana, bentuk apa dll, and the rest CGP settlekan. For guest book, FY buat DIY. Tengok je la outcome dia nanti. Tak sempat2 nak ambil pic. Lepas kawen, FY story ok.

BEAUTY & HEALTH

I went to pedi medi with B2B Waty dekat Creative Nail Subang Parade.Then, FY ada waxing on thursday. Pergi dengan my cousin. Beli pakej ni dekat groupon..haha..cuak sebenarnya nak pergi waxing ni..hehe..will stroy later..hihi

WEDDING CAKE

FY tempah dengan Marlynn's. search kat FB k. home made cake. Lepas kawen i review k..hehe..

OP & OV

FY hire Picalasso for OP and  Momenthis as my OV. Deposit paid.

DOORGIFT

My mum dah ambil from Kohouku gift. Rasa nak kena tambah lagi ni.Guest list dah increase.


HANTARAN

ada 3 benda je yang belum settle ; baju for me, toilettries for him and chocolate..


ENTERTAINMENT & EMCEE

All booked. Emcee je FY nak dengar diorang rehearsal tapi via phone je la..tak sempat la u olls nak ber-rehearsal secara live.


CATERING

Tak risau langsung sebab my auntie punye catering. hehe.InsyaAllah semuanya bisa diatur.



FY berdoa semoga perjalanan ini di permudahkan-Nya...ameen....be strong and keep calm ! =)